Sunday 25 October 2015

[PETUA] KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.


[PETUA] KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

[1]. Ambil Wudhuk.

[2]. Mengadap kiblat.

[3]. Baca Syahadah - 3x

[4]. Al- Fatihah - 1x

[5]. 3 Qul- 1x

[6]. Surah Insyirah - 1x

[7]. Selawat Atas Nabi - 10x

[8]. Baca Surah Yassin - 1x

[9]. Baca Surah Insyirah 100x.

[10]. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.


Tuesday 13 October 2015

14 CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK IDAMAN SETIAP WANITA


14 CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK IDAMAN SETIAP WANITA

1. #Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. #Peluk isteri secara tiba-tiba.

3. #Puji isteri cantik.

4. #Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. #Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. #Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. #Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. #Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. #Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. #Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. #Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.

12. #Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. #Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. #Buat candle light dinner secara mengejut



Monday 12 October 2015

KEJADIAN SERAM!! Kisah Sebenar Gangguan Nenek Kebayan Di Asrama Maktab Tentera Ini Semestinya Membuatkan Anda Tidak Lena Tidur Pada Waktu Malam...


KEJADIAN SERAM ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid yang berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng solat. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan oleh warden.


#Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. #Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.


#DAM! #DAM! #DAM!


#Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. #Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. #Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!


#Kini tinggallah dia keseorangan. #Tiada siapa dapat membantunya. #Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.


3Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, #sampailah hari ini. #Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.


3Kisah ini belum berakhir. #Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, #seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.


#“Aku takutlah… aku dengar cerita tandas kita berhantu,” #kata pelajar yang hendak ke tandas itu.

#Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. #Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. #Yang keluar bukannya air, tetapi darah!


#Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. #Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. #Garau dan pelik. #Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet…


#Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, #sebaliknya lembaga berambut panjang, #bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!


#Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk #di atas almari sambil menggoyang-goyangkan #kakinya.


#Mengikut cerita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi seorang diri. #Tiba-tiba pelajar itu terdengar ada suara pelik mengiringi nyanyiannya. Suara itu seperti suara seorang nenek dan alunannya amat meremangkan bulu roma.


#Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. #Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal.


#“Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. #Katil nombor tiga… pura-pura tidur!” tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.


#Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek #duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan #memandang ke arahnya.

#Menggerunkan

#Anda pernah dengar cerita ini? #Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para #pelajar asrama di mana-mana juga di negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.


#Cuma persoalannya, adakah kejadian-kejadian itu benar-benar berlaku? Kalau berlaku, #di mana?

#Saya sengaja letakkan lokasi asrama-asrama tertentu, tetapi anda pergilah ke asrama berkenaan, pasti mereka menafikannya. Sebab, memang tidak ada kejadian seumpama itu berlaku di sana. #Sedangkan, cerita yang sampai ke telinga kita mengatakan, memang kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.


#Mengapa ini terjadi? Dalam bidang kajian paranormal, kisah-kisah itu dikategorikan sebagai urban legends, atau lebih mudah difahami, cerita dongeng seram popular. Di Barat, ia dipanggil urban legends (dongeng bandaran), tetapi dalam konteks negara kita, istilah tersebut agak kurang sesuai.

#Kembali kepada topik perbincangan kita: Perhatikan, cerita dongeng seram #popular ini mempunyai beberapa ciri.


#Pertama, ia berlaku kepada kawan kepada kawan, bukan kepada pencerita itu sendiri. #Sebagai contoh,cerita tersebut disampaikan oleh pelajar bernama Maria.


#Kata Maria, ia berlaku kepada kawannya, Shima. Apabila ditanya kepada Shima, #pelajar itu mengatakan, sebenarnya ia terjadi kepada kawannya yang lain, Aishah. Begitulah seterusnya… tiada penghujung.


#Untuk pengetahuan anda, apa yang sebenarnya berlaku adalah dalam rantaian sahabat itu, #mereka saling mempercayai. Jadi bagi meringkaskan cerita, si A akan memendekkannya dengan berkata, ia berlaku kepada sahabatnya, B. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.


#Cerita dongeng seram popular ini ringkasnya tidak diketahui berlaku kepada siapa, dan di mana. #Ia tersebar dari mulut ke mulut, ke serata pelosok daerah.


#Kedua, terdapat pelbagai versi. #Sebagai contoh, ada versi mengatakan sebenarnya cerita seram di tandas itu berlaku ketika menjelang subuh. Pelajar lelaki itu pula melihat darah keluar daripada paip singki semasa mahu memberus gigi.


#Versi lain pula mengatakan dia tidak pengsan di tandas, #tetapi di dorm apabila mendapati kawannya itu sebenarnya sedang nyenyak tidur. Begitulah juga dengan kisah-kisah seram lain.


#Ketiga, urban legends mengandungi pengajaran moral dan amaran. #Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

#Ciri keempat, cerita itu sangat aneh, janggal dan kadang kala lucu. Perhatikan cerita pertama itu. #Tidak logik langsung ada pelajar yang sanggup menyorok di dalam almari untuk ponteng sembahyang Jumaat.


#Tidak masuk akal pintu almari boleh terkunci dari luar, begitu juga tidak mungkin pelajar tersebut tidak dengar kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa, berbual serta #sibuk mengemas barang sebelum pulang ke kampung masing-masing.


#Kisah-kisah urband legends ini lebih kurang sama cirinya dengan kisah hantu kum kum, #hantu stoking dan lelaki tua penyabit kepala. Kisah-kisah itu sangat menarik dan kononnya ia berlaku di sesebuah tempat. Namun apabila dijejaki, #semuanya palsu.


#Hakikatnya, apa yang berlaku ialah semua kisah tersebut tersebar kerana #ia menjadi bahan cerita paling digemari semasa para penghuni asrama ini berkumpul sebelum memejamkan mata. Ada juga dikatakan, #antara cerita itu yang sebenarnya telah diubah suai daripada kisah-kisah urban legends di luar negara.


Saturday 10 October 2015

"Dah dapat hak jagaan sementara tapi masih berdegil taknak bagi". Astaghfirullah... Apa hak saya sebagai seorang ibu?

Hanya Allah saja tahu bagaimana aku bertarung nyawa lahirkan anakku ini. Bagaimana peritnya saat mereka gunting untuk mempercepatkan bersalin. Bagaimana aku menahan sakit saat dijahit. Saat pertama aku menyusukan engkau. Saat aku menatap matamu anakku. Sungguh perasaan bahagia masa itu tak dpt ku gambarkan. Terlalu bahagia, bersyukur. Saat pertama kali aku belajar tukar lampin anakku. Sampaikan dia terpancut air kencing di pahaku. Ini ibumu sayang. :')


Sangat merindui anakku. Allah saja yg tahu. Aku redha. Cepat atau lmbt aku tetap dpt anakku kembali. Dgn izin Allah. Aaminn. Senyuman seorang ibu bersama anaknya yg tidak ternilai bagiku. Semoga kau sihat dan tabah anakku. Mummy akn selalu ingt kt anak mummy.


Dah dapat hak jagaan sementara tapi masih berdegil taknak bagi. Hmm. 57 hari dipisahkan. Semalam cuma dapat tengok dari jauh sahaja. Apa hak saya sebagai seorang ibu? Nak pegang pun tak boleh. Lagi dimaki dihina. Mereka mengeluarkan statement bahawa bukan saya yang lahirkan Raqib Rayyan. Astaghfirullah. Sabarlah wahai hati yang luka ini.




Apple Store Malaysia Senaraikan Harga Secara Rasmi Untuk iPhone 6S dan iPhone 6S Plus


#Untuk rakyat Malaysia yang menantikan kehadiran iPhone 6S and 6S plus, anda boleh mendapatkan peranti ini secara rasmi pada 16 Oktober  dan Apple Store Malaysia juga sudah mengumumkan harga jualan bagi kedua-dua peranti ini. Pihak Apple juga turut menyenaraikan harga jualan terbaru bagi model iPhone sebelum ini iaitu #iPhone 6, 6 Plus, dan juga iPhone 5s.

#Senarai lengkap harga boleh dilihat dalam jadual seperti berikut.


#iPhone 6S dan 6S Plus hadir dengan tiga kapasiti storan sebanyak 16BF, 64GB, dan 128 GB. #Warna yang ditawarkan kepada pengguna pula ialah Silver, Space Gray, Gold dan Rose Gold. #Oleh kerana nilai matawang negara yang merudum, ianya turut mempengaruhi harga jualan iPhone 6s ini.



Friday 9 October 2015

RESEPI BISKUT NESTUM YANG TELAH MENJADI VIRAL!!


RESEPI BISKUT NESTUM YANG TELAH MENJADI VIRAL!!

Bahan-bahan BISKUT NESTUM :


  • [+] 250 gm butter
  • [+] 100 gm kismis (ganti ngan choc chip pun bole)
  • [+] 2 cawan tepung gandum
  • [+] 1 cawan tepung jagung
  • [+] 3 cawan nestum
  • [+] 1 cawan gula caster
  • [+] 1 biji telur
  • [+] 1 sudu teh esen vanila



Cara-cara buat biskut nestum :


1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati.
3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati.
4. Bentukkan bisut ikut suke korang, bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c (ikut oven).


#Share Supaya Resepi Tidak Di Delete!!

Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda.


Wednesday 7 October 2015

Video yang berdurasi 2 minit ini menunjukkan dua lelaki sangat biadap


Gara-gara sangat marah dengan tindakan anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPP) yang mengunci tayar keretanya, dua lelaki bertindak mencampak duit seperti anjin kepada penguatkuasa tersebut dengan tindakan yang sengaja untuk menghina mereka.

Video yang berdurasi 2 minit ini menunjukkan dua lelaki itu sangat marah dan mengamuk kerana tayar kereta Produa Myvi miliknya telah dikunci ekoran kesalahan lalulintas dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Marah dengan tindakan itu, dua lelaki tersebut memaki dan meminta kunci untuk membuka besi pengunci tayar namun ditolak pegawai itu dengan alasan harus membayar denda terlebih dahulu sebelum membuka besi pengunci tayar itu.

Keengganan pihak berkuasa itu untuk membuka pengunci tayar membuatkan lagi lelaki tersebut menjadi semakin marah hingga meninggikan suara seterusnya seorang lagi mengeluarkan duit dari dalam beg dan mengcampakan kepada penguasa tersebut.

Apabila penguatkuasa hendak mengambil wang yang dihulur, wang tersebut terus dilemparkan ke lantai dengan amat biadap sekali. Kalau anda di tempat pegawai itu, apakah tindakan anda?.

Pihak berkuasa tersebut kelihatan amat tenang sekali menghadapi situasi tersebut dan membuka besi pengunci selepas menerima wang tersebut namun kedengaran kawannya menasihatkan agar dia tidak mengambil duit yang dilempar tersebut untuk memelihara maruah diri yang diperlakukan dengan begitu teruk sekali dan hina.

credit : ohmedia




Anda Ada anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala?


Anda Ada anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala?

[+]#Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.
Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. Anak saya yang sulung mempunyai dua pusar di kepalanya.

Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik sangat pening melayannya. Namun begitu sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

Menurut Dato' Fadzilah Kamsah lagi, sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya samgat banyak akal, banyak idea, dan sangat bijak.

Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut? Sharekan dengan saya di sini pengalaman menjaga anak anda.. 


Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan Sahaja!


#Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

[+] 1 cawan serbuk koko
[+] 1 cawan gula pasir
[+] 1 cawan susu cair
[+] 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
[+] 1/2 cawan susu pekat manis
[+] 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
[+] 1 sudu baking powder
[+] 1 sudu soda bikarbonat
[+] 4 biji telur
[+] 1 sudu esen vanilla

.
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus dengan mudah:

{+} Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

{+} Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

{+} Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

{+} Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

{+} Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

{+} Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

{+} Kukus kek selama 1 jam.

{+} Kukus kek selama 1 jam.

#Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

[+] 1 cawan susu pekat manis
[+] 1 sudu makan serbuk koko
[+] 2 sudu mentega

{+} Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

{+} Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

{+} 500 gram coklat masakan
{+} 220 ml susu cair

( {+}kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

.

{+}Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

.

"kejayaan itu harus dimulai dengan langkah yang pertama"